Harga Dinaikkan!

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Oh, harga dah dinaikkan. Harga apa ya?

Yes! Tepat sekali.

Harga Pakej Grafik telah dinaikkan kepada RM30.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang menjadi Reseller saya, anda perlu menjual Pakej Grafik dengan harga RM30 dan ke atas. Ini adalah keputusan muktamad dari saya.

PS : Jangan bimbang. Untuk makluman, boleh dikatakan hampir setiap hari, saya berjaya mendapat 1 jualan dengan harga RM35. ;)

Ini menunjukkan, pakej ini memang mendapat sambutan dan memang umph! ;)

PPS : Berita baik! Serentak dengan pengumuman kenaikan harga barang ini (macam pengumuman kerajaan pulak. huhu) kepada RM30, anda boleh menjual semula lesen Master Resell Rights! :D

Wah, seronoklah tu ye. Jadi, kesimpulannya :

Jual Pakej Grafik dengan harga RM 30, beserta lesen Master Resell Rights.

PPPS : Saya akan cuba meluangkan masa dengan berkongsi tips-tips di sini. Nampaknya, tak lama agi, ruang support ini akan bertambah meriah.

Posted on May 23rd, 2008 by mawardee with 2 Comments »

Bawa Pembeli2 Anda Ke … ?

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Satu saja peringatan.

Sila pastikan kesemua pembeli anda dibawa ke link berikut setelah mereka mendapat produk mereka dari anda :

http://www.myproecover.com/pakejgrafik/pendaftaran/

Hanya untuk tujuan pendaftaran dan support dari saya.

Itu saja.

Harap semua ambil perhatian la ye. :)

Posted on May 6th, 2008 by mawardee with No Comments »

Naikkan Harga. Apa Pendapat Anda?

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

Dalam kepala saya, bermain-main satu perkara.

Harga. Saya bercadang untuk naikkan harga kepada RM30. Bagi saya, ia sedikit berbaloi dengan apa yang saya sediakan dalam Pakej Grafik ni. & Jika jadi untuk dinaikkan harga, saya akan berikan anda hak untuk jual semula lesen MRR. Ini bermakna, anda akan memiliki hak FULL Master Resell Rights. & satu lagi, Pakej Grafik ini, jika hendak dijual secara berpakej, pastikan harga produk tersebut RM 50 atau ke atas.

Apa pendapat anda?

Walaupun saya mempunyai hak kerana saya pencipta produk Pakej Grafik ini, tetapi saya sengaja mahu mendengar pendapat anda semua dahulu sebagai RESELLER saya.

Ada pendapat / cadangan ? :)

Posted on May 6th, 2008 by mawardee with 4 Comments »

Sedikit Hal-hal Teknikal Web

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tak nafikan, reseller saya memang terdiri daripada pelbagai lapisan. Ada yang sudah ‘otai’ dalam perniagaan internet, ada yang ’sederhana’ levelnya dan ada pula yang baru sahaja melibatkan diri dalam perniagaan internet. Saya ucapkan tahniah kepada semua sekali kerana bijak mengambil peluang dan mempunyai keinginan yang besar untuk berjaya.

Bagi yang tidak mempunyai asas untuk membina laman web, saya memang sangat-sangat tidak boleh membantu buat masa ni. Ini kerana ianya melibatkan banyak hal teknikal yang perlu saya terangkan. Malah saya juga tidak cukup masa buat masa sekarang ni, kerana ada sedikit ‘projek’ yang lebih besar. Harap anda semua maafkan saya.

Cuma, saya boleh katakan beberapa hal teknikal yang perlu diperbetulkan.

Gambar Tak Keluar

Jika imej tidak keluar selepas anda upload ke hosting web anda, maka biasanya silap pada link imej tersebut. Pastikan link imej tersebut betul-betul tepat.

Jangan ada link-link seperi berikut :

///D:/PakejGrafik2008/gambar.jpg

dan jangan pula begini :

..//images/ecover.jpg

Jika gambar diletakkan pada folder images, sepatutnya link adalah sebagaimana berikut :

images/gambar.jpg

& kenal pasti samada fail tersebut adalah dalam format .jpg ataupun .gif.

Bagaimana Upload Produk

Untuk upload produk dari komputer anda ke hosting web anda, anda perlu memiliki satu sewaan hosting. Anda boleh dapatkan hosting murah, berbaloi & mempunyai support yang hebat di :

http://blogsendiri.com/hosting

Untuk upload produk, anda perlu mempunyai perisian Uploader. Untuk mendapatkan yang percuma. boleh dapatkan di www.coreftp.com

Kemudian, setelah itu, upload kesemua fail yang berkaitan ke ftp.nama-domain-web-anda.com/public_html dengan menggunakan uploader tersebut.

Siap!

Membuat Link Download

Seterusnya, untuk membuat link download, pastikan produk-produk yang hendak diberikan sebagai downloadable product kepada para pembeli anda, perlulah di’compress’ ke fail .zip atau .rar terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan perisian untuk ‘compress’ di www.WinZip.com

Kemudian, untuk membuat link download, buatkan sahaja link tersebut menuju kepada fail .zip/.rar tersebut. Itu sahaja.

Untuk membuat web, saya ada 2 cadangan perisian yang sesuai :

[1] Microsoft Frontpage

[2] Perisian NVU. Layari www.nvu.com

Jika anda masih ‘blurr’ dengan apa yang saya sebutkan ini, dan masih tidak faham dengan apa yang saya sebutkan ini, anda ada 3 cara untuk belajar :

[1] Beli panduan di : http://blogsendiri.com/affiliate

[2] Beli panduan yang mahal tapi lengkap di : http://blogsendiri.com/perniagaan-internet-lengkap

[3] Belajar dari kawan-kawan anda yang mahir dengan hal-hal teknikal web. Belajar yang asas pun sudah cukup.

Itu sahaja untuk artikel kali ini.

Wassalam.

Posted on May 6th, 2008 by mawardee with 1 Comment »

Syarat2 Master Reseller Pakej Grafik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya terpaksa menulis kembali kesemua syarat-syarat yang saya telah tetapkan sebelum pembelian, kerana saya dapati ada yang melanggar syarat-syarat tersebut. Oklah. Saya harap bagi yang dah terlanjur, sila cepat-cepat perbetulkan balik keadaan. Saya tak nak sebut siapa. Cuma sedar sendiri kalau ada yang tersilap buat.

Saya ni pemaaf orangnya. ;)

Ini dia saya senaraikan semula syarat-syarat sebagai Master Reseller Pakej Grafik 2008 :

[BOLEH] Menjual kesemua koleksi grafik ini kepada sesiapa sahaja, asalkan harganya RM 20 dan ke atas.

[BOLEH] Menjual Lesen Hak Resell Rights (RR) atau Lesen Master Resell Rights (MRR) kepada orang lain, asalkan harganya RM 30 dan ke atas.

[BOLEH] Mengubahsuai dan mengedit fail-fail yang saya sediakan, termasuklah yang dalam format fail .psd.

[BOLEH] Menggunakan untuk kegunaan sendiri.

[BOLEH] Menjadikannya sebagai BONUS bagi Produk BERBAYAR yang anda jual. Syaratnya, produk berbayar anda itu mestilah berharga RM 45 atau ke atas.

[BOLEH] Menggunakan design laman web jualan untuk tujuan jualan anda sendiri.

[BOLEH] Menggunakan surat jualan untuk diletakkan pada laman web anda.

[TIDAK BOLEH] Memberi secara percuma (give away) kepada orang lain tanpa dipakejkan bersama produk berbayar yang anda jual.

[TIDAK BOLEH] Menjual dengan harga bawah RM30.

[TIDAK BOLEH] Menukar ecover dengan ecover rekaan anda atau ecover rekaan orang lain.

[TIDAK BOLEH] Membuat program affiliate dengan pakej koleksi grafik ini.

Nota : Tak lama lagi, mungkin saya akan kemas kini syarat-syarat ini.

Sekian.

- Mawardee

Update : 23 Mei 2008

Posted on May 2nd, 2008 by mawardee with 2 Comments »

Terima Kasih Menjadi Reseller Pakej Grafik 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Setelah sekian lama bercita-cita untuk memberikan ruang support kepada pembeli Pakej Grafik 2008 (SCoGS), akhirnya cita-cita tersebut tercapai pada hari ini.

Ok.Ok. Saya tahu anda semua mempunyai pelbagai soalan dan masalah yang ingin diajukan. Relaks dulu ye. Nanti saya jawab satu persatu. Ada yang saya sudah jawab, dan ada yang saya berdiam diri kerana bersebab. Apapun, saya akan maklumkan dan jawab dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

Ingat, ini adalah blog rahsia. Rahsiakan blog ini dari sesiapa sahaja. Ini kerana saya mahu memberikan support terbaik kepada para reseller saya.

Support yang diberikan adalah sekitar produk sahaja. Tak lebih dari itu.

Itu sahaja dari saya. Semoga ruang support yang tak seberapa ni, akan memudahkan anda semua.

Sekian, terima kasih.

Posted on May 2nd, 2008 by mawardee with 1 Comment »